Monday, 15 October 2012
KEPENTINGAN MEMPELAJARI BENTUK DAN RUANG
Bentuk dan ruang / Geometri
dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak
rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang
merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu Bentuk dan ruang /
Geometri dan mensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan
kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu Bentuk dan ruang
/ Geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis
dan terperinci. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi
Bentuk dan ruang / Geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila
kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam
sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti
garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan
manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat
kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap
pengetahuan Bentuk dan ruang / Geometri. Sebenarnya pengetahuan objek geometri telah
ada dalam masyarakat primitif dan pada awal ketamadunan manusia. Banyak ahli
falsafah matematik memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang
geometri. Mari kita tinjau pandangan beberapa sarjana matematik di bawah
Tuesday, 9 October 2012
rph ruang dan waktu(tahun 3)
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 3 Seroja
Bilangan Murid : 28 orang
Tarikh : 24 September 2012
Hari : Selasa
Masa : 9.10 – 9.40 pagi
Tema : Bentuk dan Ruang
Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi (3-D)
Objektif Pembelajaran
8.1.1 Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan bentuk tiga dimensi (3-D)
Objektif Yang Diharapkan
8.1.1.i Mengenalpasti pelbagai jenis prisma
Triangle – Rectangle - Square
Hasil Pembelajaran :
Diakhir pembelajaran sekurang-kurangnya 23 daripada 28 orang murid akan dapat:
1. Mengenal dan menyebut dengan betul nama-nama prisma
2. Menulis ejaan setiap prisma dengan betul
3. Menjawab dengan betul 20 daripada 25 soalan lembaran kerja.
Pengisian kurikulum
i). Ilmu : Moral
ii). Nilai murni : bekerjasama, tolong-menolong, berani
iii) Kemahiran Nilai Tambah
a) Kecerdasan Pelbagai : Verval Linguistik
b) Kemahiran Berfikir : Mentafsir
c) Pembelajaran kontruktivisme
Pengetahuan sedia ada
i) Murid sudah pernah melihat bentuk-bentuk tiga dimensi (3-D)
ii) Murid ada memiliki bentuk-bentuk tiga dimensi seperti pensil, kotak pensil dan getah pemadam.
Bahan bantu mengajar
Komputer riba, bentuk-bentuk 3-D maujud, kad puzzle, buku teks dan lembaran kerja
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/
Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(3 minit)
|
Gambar slaid
- Bentuk 3-D
- Bebtuk 2-D
|
a) Guru tayangkan gambar-gambar bentuk 3-D dan 2-D
b) Guru meminta murid untuk memilih (mengkelaskan) gambar 3-D dan 2-D yang di tayang
c).Guru menjelaskan perbezaan bentuk 3-D dan 2-D
d). Guru jelaskan tajuk pelajaran hari ini iaitu bentuk-bentuk 3-D
|
BBM
Komputer
Gambar Slaid
|
Langkah 1
(3 minit)
|
Gambar slaid
- Perkataan Triangular, Rectangular dan Square
- Bentuk 3-D
Triangular, Square dan Rectangular
|
a) Guru tayangkan perkataan dan murid mengeja dan menyebut dengan kuat dan betul
b)Guru tayangkan gambar 3 buah bentuk 3-D satu demi satu
c)Guru ulangi aktiviti a dan b secara kelas, kumpulan dan individu.
|
KP
Verval- Linguistik
Sebutan dan ejaan
|
Langkah 2
(4 minit)
|
Bentuk 3-D Maujud
- Triangular
- Rectangular
- Square
|
a)Guru berikan setiap kumpulan bentuk-bentuk 3-D (maujud) untuk diteliti dan lebih difahami.
b)Guru menyebut nama-nama bentuk dan setiap kumpulan tunjukkan bentuk –bentuk tersebut.
c)Guru berikan ganjaran pujian kepada kumpulan yang pantas dan menjawab dengan betul
|
BBM
Kad Perkataan
Gambar 3-D
Pendekatan direktif
Kemahiran berfikir
Kerjasama
Pemikiran kritis
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Aktiviti Kumpulan
- Plastisin
- Kad Manila
- Pen White-board
|
a)Guru berikan plastisin kepada setiap kumpulan.
b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secara kumpulan menggunakan plastisin
c). Guru meminta setiap kumpulan menulis semula nama-nama bentuk pada manila kad dan dipamerkan pada setiap bentuk.
d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuat pengesahan betul atau salah.
|
BBM
Kemahiran berfikir
Pemikiran kreatif
Nilai murni – bekerjasama, tolong-menolong
|
Langkah 4
(6 minit)
|
Aktiviti Kumpulan
-Permainan Ligo
|
a)Guru berikan permainan Ligo kepada setiap kumpulan.
b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secara kumpulan menggunakan permainan Ligo
c). Guru meminta setiap kumpulan pamerkan kad perkataan pada setiap bentuk . (Gabungan plastisin dan Ligo)
d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuat pengesahan betul atau salah.
|
Kontektekstual
Pemikiran kritis
|
Langkah 4
(6 minit)
|
Latihan Penilaian
|
a)Guru edarkan lembaran kerja kepada setiap murid
b) Guru membincangkan jawapan dengan memaparkan di skrin tayangan
c)Guru memberikan ganjaran kepada murid-murid yang menjawab dengan betul semua soalan
|
Kontektekstual
Pemikiran kritis
|
Langkah
5
(2 minit)
|
Penutup / Rumusan
-Menghargai bentuk-bentuk dalam kehidupan seharian
|
a) Guru menyoal semua murid nama-nama bentuk 3-D yang telah dipelajari tadi.
b) Guru mnyoal kepentingan dan kegunaan bentuk-bentuk dalam kehidupan seharian.
|
Kontektekstual
Pemikiran kritis
|
Subscribe to:
Comments (Atom)
