Monday, 15 October 2012

KEPENTINGAN MEMPELAJARI BENTUK DAN RUANG

Bentuk dan ruang / Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu Bentuk dan ruang / Geometri dan mensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Mengajar ilmu Bentuk dan ruang / Geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi Bentuk dan ruang / Geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan Bentuk dan ruang / Geometri.  Sebenarnya pengetahuan objek geometri telah ada dalam masyarakat primitif dan pada awal ketamadunan manusia. Banyak ahli falsafah matematik memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang geometri. Mari kita tinjau pandangan beberapa sarjana matematik di bawah

No comments:

Post a Comment